It's not just about the story of our village but also about everyone in every places.

Friday, September 24, 2010

Kelebihan Kopi / Benefit of Coffe


Beberapa tahun yang lepas, ramai yang mengatakan kopi adalah tidak baik untuk kesihatan. Tetapi beberapa kajian telah di lakukan ke atas kopi dan ia telah menunjukkan yang kopi sebenarnya mempunyai kelebihan dengan mengurangkan risiko beberapa penyakit seperti kanser, diabetes, parkinson, alzheimer dan juga membantu mengurangkan serangan asthma sekiranya tiba-tiba pesakit tidak mempunyai ubat.

Kopi juga di katakan mempunyai kebaikan dalam bidang kecantikan kerana kopi kaya dengan kandungan anti-oksidant yang baik untuk melambatkan proses penuaan.Ia juga baik untuk menghilangkan celulit dan tidak hairanlah kenapa banyak scrub badan di pasaran yang mengandungi serbuk kopi sebagai bahan utama.

Jadi mitos yang mengatakan kopi adalah tidak baik untuk kesihatan adalah cerita semata-mata. Jadi kita yang sudah biasa menghidangkan kopi di waktu pagi tidaklah perlulah risau kerana di katakan minum lebih dari 3 cawan sehari adalah baik untuk mengurangkan risiko beberapa penyakit tersebut.

Sila rujuk website berikut untuk membaca lebih lanjut mengenai kelebihan kopi:
1. http://www.coffeedetective.com/coffee-benefits.html
2. http://men.webmd.com/features/coffee-new-health-food
3. http://www.skin-care.becomegorgeous.com/perfect_skin/beauty_benefits_of_coffee-572.html
4. http://www.npr.org/templates/story/story.php?storyId=128110552

Penulis: Ragang Pencil
Picture from: http://corporateknightsforum.com/index.php/P658/

No comments:

Post a Comment